Makanan Burung But-but Carik Anak

burung ini makanan kegemarannya adalah berupa pucuk pisang muda dan hempulur pisang.

Mengorek cengkerang siput di Kolkata, Bengal Barat, India.

Burung But-but Carik Anak merupakan burung besar yang memakan pelbagai makanan dari serangga, ulat bulu, dan vertebrata kecil seperti ular ("Saw-scaled viper").[11] Ia juga diketahui memakan telur burung, anak burung dalam sarang, buah dan biji benih. Di Tamil Nadu ia didapati terutamanya memakan siput Helix vittata. Ia juga diketahu memakan buah beracun Thevetia peruviana (Yellow Oleander).[7][12] Di ladang Kelapa Sawit, ia diketahui sebagai burung perosak disebabkan tabiat mereka memakan isi mesocarps buah yang masak.[13]